~:: Selamat Datang ::~

Terima kasih di atas kunjungan anda. Sekiranya berminat untuk membuat sebarang tempahan, jemputlah menjengah ke Katalog Produk untuk memudahkan pilihan. Tapi harap maaf jika ada maklumat yang kurang, kerana proses pengemaskinian masih berjalan.. :)

Terima kasih sekali lagi..

Wednesday, February 2, 2011

HIKMAH MAKAN MAKANAN HALAL


Hari tu ada terbaca sedikit tazkirah dari Harian Metro tentang pentingnya dan faedah menjaga apa yang kita makan, teringin rasanya info tu dikongsi bersama, moga dapat manfaat bersama. InsyaAllah...  :)
 
PEDOMAN
Persoalan yg mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah SWT & Nabi Muhammad SAW menyeru umat Islam memilih makanan yg halaldalam kehidupan seharian. Sudah tentu ada hikmah & kelebihan yg dapat membantumanusia menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana berikut :-


  • Supaya doa dimakbulkan Allah SWT
SabdaRasulullah SAW: "Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut &mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya & berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, pakaiannya haram & mulutnya disuap dengan sesuatu yg haram, bagaimana akan diperkenankan permohonnnya."(hadis riwayat Muslim, Ahmad & Tarmizi)

  • Selamat daripada seksaan api neraka
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah,pintalah kepada Allah SWT supaya Dia menjadikan doaku mustajab."
Jawab baginda: "Wahai Saad, jagalah soal makanmu, nescaya kau menjadi orang yg makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dlm tangan-Nya, jikalau seseorang lelaki memasukkansesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari. "Sesiapahamba yg dagingnya tumbuh daripada makanan haram & riba, maka neraka lebih layak baginya." (hadis riwayat Ibnu Abbas)


  • Amal ibadat diterima Allah SWT
SabdaRasulullah SAW: "Barang siapa bersembahyang dengan mengenakan pakaian yg dibeli dengan 10 dirham & 1 dirham daripadanya sumber yang haram, Allah SWT tidak akan menerima solatnya."(hadis riwayat Muslim)


  • Membentuk darah daging yg baik dalam badan
Sabda Rasulullah SAW: "Ingatlah bahawa didalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging yang apabila daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya & apabila ia rosak makarosaklah seluruh tubuh itu, ingtlah bahawa yg dimaksudkan itu ialah hati." (hadisriwayat Bukhari & Muslim)


Oleh itu, menjadi kewajiban & tanggungjawab umat Islam hari ini untuk lebih berhati-hati & mengambil berat berkaitan pemakanan halal. Hendaklah kita sentiasa memastikan setiap makanan yg diperolehi & dimakan itu adalah halal menurutsyariat Allah SWT. Sesungguhnya suruhan Allah SWT adalah untuk tujuan kebaikan manusia bersama.



Tuesday, February 1, 2011

~:: Cheese Cake ::~



Classic Cheese Cake

HARGA
  • 1kg RM48
  • 1/2kg RM28




Blueberry Cheese Cake


HARGA
  • 1 kg RM52
  • 1/2 kg RM30
Tidak terhad pada classic look of Blueberry Cheese Cake, nak buat Deco-Deco pun boleh... nih contoh skit-skit :)



 * Nota : Harga yg diquote mungkin akan berubah sekiranya pelanggan inginkan hiasan tambahan.