~:: Selamat Datang ::~

Terima kasih di atas kunjungan anda. Sekiranya berminat untuk membuat sebarang tempahan, jemputlah menjengah ke Katalog Produk untuk memudahkan pilihan. Tapi harap maaf jika ada maklumat yang kurang, kerana proses pengemaskinian masih berjalan.. :)

Terima kasih sekali lagi..

ORDER

PESANAN & PENGHANTARAN (Khas untuk barangan bukan makanan)

PESANAN
  1. Sila emailkan maklumat terperinci pesanan dan diri anda seperti nama penuh, no. telefon/HP, alamat email serta alamat lengkap dimana pesanan akan dihantar  ke wrws1976@gmail.com atau smskan ke no. H/P saya 012-3256398.
  2. Saya akan emailkan kembali nombor pesanan, pengesahan jumlah pembayaran dan cara pembayaran.
  3. Jangan membuat pembayaran selagi anda tidak menerima sebarang pengesahan pesanan daripada saya.  Ini juga untuk mengelakkan pembayaran yang dibuat untuk barangan yang tiada dalam stok.
  4. Setelah mendapat pengesahan pesanan daripada saya, anda bolehlah membuat pembayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengesahan pesanan.  Sekiranya tiada pembayaran diterima selepas tempoh tersebut, saya menganggap pesanan tersebut batal.
CARA PEMBAYARAN

  1. Kaedah pembayaran yang disediakan amatlah mudah, berkesan dan selamat untuk anda.  Kesemua kaedah ini tidak melibatkan penyimpanan maklumat peribadi perbankan anda di blog saya.  Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan keselamatan pembayaran tersebut.
  2. Pembayaran boleh dibuat melalui sistem pembankan melalui internet atau di kaunter bank.
  3. Buat masa ini pembayaran hanya boleh dibuat ke akaun CIMB sahaja dan no. akaun akan dihantar beserta dengan pengesahan pesanan.
  4. Sila emailkan bukti pembayaran yang telah dibuat kewrws1976@gmail.com.  Sekiranya anda membuat pembayaran di kaunter bank sila smskan maklumat pembayaran seperti #Bank, Kod Pesanan, Nama Pembeli, Tarikh Bayaran, Masa Bayaran, Jumlah Bayaran ke no. H/P saya 012-3256398. 
  5. Pesanan anda akan diproses sejurus saya mengesahkan penerimaan pembayaran yang dibuat oleh anda.

  6. Sila simpan slip pembayaran yang telah anda lakukan untuk rujukan apabila diperlukan.
PENGHANTARAN

  1. Setiap pembayaran yang diterima sebelum pukul 1.00 petang pada hari bekerja akan diproses pada hari yang sama.  Pembayaran yang diterima selepas pukul 1.00 petang akan diproses keesokan harinya.  Sebarang pembayaran yang dibuat semasa hari cuti akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya.
  2. Sila pastikan maklumat seperti nama dan alamat dimana pesanan akan dihantar adalah tepat.  Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan maklumat yang diberi dan anda akan menanggung segala kos untuk proses penghantaran kali kedua.
  3. Setiap pesanan yang mempunyai nama dan alamat yang lengkap dan tepat; serta bayaran yang mencukupi akan diproses dalam tempoh 2-7 hari bekerja dari tarikh pengesahan penerimaan pembayaran.

  4. Setiap pesanan akan dikirim dengan menggunakan perkhidmatan Pos Ekspres atau Pos Laju kecuali pesanan untuk set penuh supplemen Shaklee dimana akan dihantar melalui GDEX atau CITI-LINK.  Caj tetap akan dikenakan iaitu RM10.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20.00 untuk Sabah dan Sarawak .  Untuk mendapatkan caj pengeposan bagi perkhidmatan Pos Ekspres atau Pos Laju, sila layari laman web http://www.pos.com.my/.
  5. Setiap barangan yang dihantar tidak boleh dikembalikan.  Sebarang permohonan untuk penukaran barangan adalah diizinkan dengan penanggungan kos sepenuhnya oleh anda.
LAIN-LAIN

  1. Terma dan syarat diatas mungkin akan berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan tanpa diberitahu terlebih dahulu.
  2. Sekiranya anda ada masalah kemusykilan mengenai terma dan syarat diatas, silalah hubungi saya melalui email atau sms.
  3. Diharap anda berpuashati dengan layanan dan khidmat yang diberi melalui http://1rosecottage.blogspot.com/.