~:: Selamat Datang ::~

Terima kasih di atas kunjungan anda. Sekiranya berminat untuk membuat sebarang tempahan, jemputlah menjengah ke Katalog Produk untuk memudahkan pilihan. Tapi harap maaf jika ada maklumat yang kurang, kerana proses pengemaskinian masih berjalan.. :)

Terima kasih sekali lagi..

Tuesday, December 28, 2010

~:: HEPI BESDAY!!! HEPI BESDAY!!!! ::~

Moist Chocolate Cake ordered by my sister's officemate, Puan Azimah.  Thank you very much!!!
Moist chocolate cake yg 1/2kg++  yang dilapis dgn chocolate cream ditengah dan dibaluti dgn chocolate ganache.  Saya hias dgn smarties sbb nak suruh nampak menarik untuk besday budak2x. Hope your children love it.... tq.

Moist Chocolate Cake ordered by also my sister's officemate, Pn. Mas Suwarni.  Thank you very much!!!
Moist chocolate cake jugek tapi yg 1kg++ untuk besday husbandnya.  Saya tambah kad ucapan yg dibuat drp coklat.  Hope u love it.... tq.

White Chocolate.....

Ini gambar white chocolate and combination of white chocolate and chocolate biasa yg ditempah.  Untuk dapatkan harga coklat, sila klik disini

Wednesday, December 22, 2010

HANGAT!!!! HANGAT!!!! PROMOSI PENGENALAN 'HOMEMADE CHOCOLATE'

Variasi Homemade Chocolate
Chantik tak....??!! Chantik tak....??!! Chanteeek....!!! Betul..... Betul.... Betul....!!!! (versi upin & ipin). Setakat ini komen drp mereka yg pernah makan coklat akak ini sedap katanye... kate tekak akak pun sedap. Jadi kalau sesiapa yg berminat nak rase i.e. order coklat akak ni bolehlah contact akak tru email or sms. Untuk makluman, saya hanya mengguna coklat compound jenama Selbourne atau Sicao sahaja.Sesuai untuk dibuat door gift or special gift utk someone special atau utk saje-saje makan bersama anak-anak.....


Seperti yg diwar-warkan diatas harga yg kami tawarkan adalah murah dan berpatutan sbg promosi pengenalan :-
Budget Pack : Plastic Wrap
Budget Pack Chocolate (Plastic Wrap)
2 biji dark/milk chocolate (no filling) : RM1.10.
2 biji white chocolate (no filling) : RM1.30.
2 biji dark/milk chocolate with filling (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM1.30.
2 biji white chocolate with filling (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM1.50. 
* Caj untuk tambahan riben bermula dari RM0.30 bergantung kepada jenis riben yg diperlukan.
Pack in Gold Box
Chocolate Pack in Gold Box
2 biji coklat (no filling) : RM1.20.
2 biji white chocolate (no filling) : RM1.40.
2 biji coklat with filling (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM1.40.
2 biji white chocolate with filling (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM1.60. 
* Caj untuk tambahan riben bermula dari RM0.30 bergantung kepada jenis riben yg diperlukan.

Chocolate pack in Cavity Box

Chocolate Pack in Cavity Box


KUANTITI COKLAT
HARGA COKLAT TANPA INTI
HARGA COKLAT DENGAN INTI
(mint, strawbery, blueberry, orange, hazelnut, almond nut, raisin dsb.)
Dark/Milk Chocolate
White Chocolate
Dark/Milk Chocolate
White Chocolate
2 biji
RM1.90
RM2.10
RM 2.10
RM2.30
3 biji
RM2.50
RM2.80
RM2.80
RM3.10
4 biji
RM3.20
RM3.60
RM3.60
RM4.00
6 biji
RM4.50
RM5.00
 RM5.00
RM5.70
9 biji
 RM6.50
RM7.40
RM7.40
RM8.30
12 biji
RM8.40
RM9.60
RM9.60
RM10.80
25 biji
RM16.00
RM18.50
RM18.50
RM21.00
35 biji
  RM23.00
RM26.00
RM26.00
RM30.00
* Caj untuk tambahan riben bermula dari RM0.30 bergantung kepada jenis riben yg diperlukan.
Pack in Luv Shape Crystal Clear Plastic Container
Chocolate Pack in Luv Shape Crystal Clear Plastic Container
15 biji coklat (no filling) : RM9.00.
15 biji white chocolate (no filling) : RM10.00.
15 biji coklat with filling-boleh dicampur perisa (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM10.00.
15 biji white chocolate with filling (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM12.00. 
* Caj untuk tambahan riben bermula dari RM0.30 bergantung kepada jenis riben yg diperlukan.
Pack in Square Shape Crystal Clear Container
Chocolate Pack in Square Shape Crystal Clear Container
25 biji coklat (no filling) : RM14.00.
25 biji white chocolate (no filling) : RM16.00.
25 biji coklat with filling-boleh dicampur perisa (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM16.00.
25 biji white chocolate with filling (mint, orange, blueberry, almond nut, hazelnut, raisin dsb.) : RM19.00.
* Caj untuk tambahan riben bermula dari RM0.30 bergantung kepada jenis riben yg diperlukan.

Loose Chocolate
Loose Chocolate:
Bagi sesiapa yg berkenan dan ingin menempah in bulk tanpa perlu individual packing, harga coklat adalah seperti berikut:-

Dark/Milk Chocolate Without Filling
  • 1-99 biji : RM0.50 per biji.
  • 100-199 biji : RM0.45 per biji.
  • 200 dan keatas : RM0.40 per biji.
Dark/Milk Chocolate With Filling
  • 1-99 biji : RM0.60 per biji.
  • 100-199 biji : RM0.55 per biji.
  • 200 dan keatas : RM0.50 per biji.
White Chocolate without Filling
  • 1-99 biji : RM0.60 per biji.
  • 100-199 biji : RM0.55 per biji.
  • 200 dan keatas : RM0.50 per biji
White Chocolate with Filling
  • 1-99 biji : RM0.70 per biji.
  • 100-199 biji : RM0.65 per biji.
  • 200 dan keatas : RM0.60 per biji
Lolichoc : RM1.00 per piece
  • Oreo Chocolate Without Edible Image : RM1.30 per piece
  • Oreo Chocolate with Edible Image : RM2.00 per piece
Custom Made Order
Sesiape yg ingin order coklat mengikut citarasa masing-masing pun boleh inform saya.  Insyaallah... kalau boleh saya cuba, saya akan laksanakan.  Begitu jugek kalau nak pack ikut citarasa pun boleh inform saya, nanti saya akan quote harganye.....

Syarat-syarat Tempahan
  1. Waktu Tempahan : Bagi tempahan coklat sebanyak 50 biji dan kebawah, seeloknya buat order 1 minggu lebih awal. Tempahan bagi kuantiti 50 - 200 biji seeloknya 2 minggu lebih awal dan yg melebihi 200 biji seeloknya 3 minggu lebih awal untuk memudahkan saya membuat persediaan.
  2. Bayaran : Bank-in ke akaun saya sebaik sahaja confirmation order dibuat.  Kami akan mula membuat coklat sebaik sahaja bayaran diterima.
  3. Caj Penghantaran : Caj pengeposan adalah mengikut kadar yg ditetapkan oleh pihak Pos Laju. 'By-hand delivery' akan dikenakan caj mengikut mileage.
Pick-up Point
  • Jalan Cerdik, Taman Universiti, Sg. Tangkas, Kajang, Selangor.
  • Kompleks Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Friday, December 10, 2010

TAZKIRAH HARI JUMAAT....

Sempena hari Jumaat yg penuh keberkatan ini... dan budak-budak pun semua dah nyenyak tidur terasa nak share tazkirah yg pernah hubby critakan (dah tak ingat bila...) tp dia crita n siap tulis n tampal di peti ais utk peringatan kami sekeluarga setiap hari katanye.  Info ini rasanye semua orang dah tahu tapi saje nak share jugek... nama pun tazkirah kan.....

Amalan-amalan yang insyallah dapat menjauhkan kita dari api neraka dan mendekatkan kita dengan syurga:-
  1. Sembahlah Allah dan jangan sekali-kali mensyirikkanNya.
  2. Dirikanlah solat dengan sempurna.
  3. Keluarkanlah zakat.
  4. Berpuasalah di bulan Ramadhan.
  5. Tunaikanlah haji di Baitullah.
Tetapi 5 amalan kat atas tu je masih tak cukup... kena lah kuatkan dengan amalan-amalan yg berikut:-
  1. Banyakkan berpuasa sunat kerana puasa sunat dapat menjadi perisai kepada kita daripada maksiat@kemungkaran  di dunia dan akhirat. Rasullullah saw juga pernah bersabda bahawa puasa dan Al-Quran boleh menjadi syafaat kepada kita di Padang Mahsyar kelak.  Oleh itu, hendaklah kita membiasakan diri berpuasa sunat dan melatih anak-anak even yg masih kecil untuk berpuasa sunat... tak payah tunggu bulan puasa untuk ajar anak-anak berpuasa.  
          Nak selit selingan sekejap... anak kami yg sulung , Muhammad Adam Zubair, dah mula berpuasa penuh sejak umur 5 thn tanpa meminta sebarang ganjaran... dan dia suka berpuasa may be sbb dia ni jenis budak yg tak suka makan... time makan pun kena bersuruh.  Sama jugek dgn adiknya, Husna Balqis yg merupakan seorang yg suka makan (tolak kayu dgn batu je lah org kate...), masa dia berumur 4thn, tahun lepas kami dah suruh dia berpuasa separuh hari... tengahari balik dari tadika memang nampak dia kelaparanlah.  Tahun ni kami suruh dia cuba berpuasa penuh... risau jugek takut dia tak tahan... tapi rupa-rupanya kami dah underestimate dia.  Dia berjaya berpuasa penuh sebulan tanpa meminta sebarang ganjaran pun... hanya hari pertama dan kedua je dia merungut lapar tapi saya suruh dia sabar sikit.  Syabas anak-anakku!

           Bak kata Ustazah Norhayati semasa dia memberikan tazkirah pada setiap hari Jumaat (kenangan semasa kat ofis dulu).... mendidik anak-anak ini seumpama kita menjalankan eksperimen.  Kalau kita dah latih mereka dengan ganjaran, maka mereka akan selalu meminta ganjaran atau imbuhan setiap kali kita meminta melakukan sesuatu.  Oleh itu, cubalah cara yg terbaik dalam usaha untuk melahirkan anak-anak yg soleh dan solehah.  Panjang pulak selingannya, berbalik kepada tazkirah saya tadi, lain-lain amalan yang perlu ditambah kepada 5 amalan yg telah disenaraikan diatas ialah:-

            2.  Banyakkan bersedekah kerana amalan ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita dan dapat menjadi perisai api neraka.  Juga elok galakkan anak-anak bersedekah kpd mereka yg lebih memerlukan.

            3.  Banyakkan bangun dan menunaikan solat malam kerana amalan ini mempunyai banyak ganjaran yang tersembunyi.  Disamping itu, kita akan dapat merasakan hanya kita dgn Allah shj pd ketika itu dan insyaallah kita akan mendapat ketenangan jiwa sekiranya kita selalu bangun untuk menunaikan solat di malam hari.

Selain daripada mengerjakan amalan-amalan diatas, kita juga hendaklah menjaga diri kita dan setiap organ badan kita daripada melakukan maksiat terutamanya lidah... yelah maklumlah bak kata orang-orang tua terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata padah akibatnya.....