~:: Selamat Datang ::~

Terima kasih di atas kunjungan anda. Sekiranya berminat untuk membuat sebarang tempahan, jemputlah menjengah ke Katalog Produk untuk memudahkan pilihan. Tapi harap maaf jika ada maklumat yang kurang, kerana proses pengemaskinian masih berjalan.. :)

Terima kasih sekali lagi..

Friday, December 10, 2010

TAZKIRAH HARI JUMAAT....

Sempena hari Jumaat yg penuh keberkatan ini... dan budak-budak pun semua dah nyenyak tidur terasa nak share tazkirah yg pernah hubby critakan (dah tak ingat bila...) tp dia crita n siap tulis n tampal di peti ais utk peringatan kami sekeluarga setiap hari katanye.  Info ini rasanye semua orang dah tahu tapi saje nak share jugek... nama pun tazkirah kan.....

Amalan-amalan yang insyallah dapat menjauhkan kita dari api neraka dan mendekatkan kita dengan syurga:-
  1. Sembahlah Allah dan jangan sekali-kali mensyirikkanNya.
  2. Dirikanlah solat dengan sempurna.
  3. Keluarkanlah zakat.
  4. Berpuasalah di bulan Ramadhan.
  5. Tunaikanlah haji di Baitullah.
Tetapi 5 amalan kat atas tu je masih tak cukup... kena lah kuatkan dengan amalan-amalan yg berikut:-
  1. Banyakkan berpuasa sunat kerana puasa sunat dapat menjadi perisai kepada kita daripada maksiat@kemungkaran  di dunia dan akhirat. Rasullullah saw juga pernah bersabda bahawa puasa dan Al-Quran boleh menjadi syafaat kepada kita di Padang Mahsyar kelak.  Oleh itu, hendaklah kita membiasakan diri berpuasa sunat dan melatih anak-anak even yg masih kecil untuk berpuasa sunat... tak payah tunggu bulan puasa untuk ajar anak-anak berpuasa.  
          Nak selit selingan sekejap... anak kami yg sulung , Muhammad Adam Zubair, dah mula berpuasa penuh sejak umur 5 thn tanpa meminta sebarang ganjaran... dan dia suka berpuasa may be sbb dia ni jenis budak yg tak suka makan... time makan pun kena bersuruh.  Sama jugek dgn adiknya, Husna Balqis yg merupakan seorang yg suka makan (tolak kayu dgn batu je lah org kate...), masa dia berumur 4thn, tahun lepas kami dah suruh dia berpuasa separuh hari... tengahari balik dari tadika memang nampak dia kelaparanlah.  Tahun ni kami suruh dia cuba berpuasa penuh... risau jugek takut dia tak tahan... tapi rupa-rupanya kami dah underestimate dia.  Dia berjaya berpuasa penuh sebulan tanpa meminta sebarang ganjaran pun... hanya hari pertama dan kedua je dia merungut lapar tapi saya suruh dia sabar sikit.  Syabas anak-anakku!

           Bak kata Ustazah Norhayati semasa dia memberikan tazkirah pada setiap hari Jumaat (kenangan semasa kat ofis dulu).... mendidik anak-anak ini seumpama kita menjalankan eksperimen.  Kalau kita dah latih mereka dengan ganjaran, maka mereka akan selalu meminta ganjaran atau imbuhan setiap kali kita meminta melakukan sesuatu.  Oleh itu, cubalah cara yg terbaik dalam usaha untuk melahirkan anak-anak yg soleh dan solehah.  Panjang pulak selingannya, berbalik kepada tazkirah saya tadi, lain-lain amalan yang perlu ditambah kepada 5 amalan yg telah disenaraikan diatas ialah:-

            2.  Banyakkan bersedekah kerana amalan ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita dan dapat menjadi perisai api neraka.  Juga elok galakkan anak-anak bersedekah kpd mereka yg lebih memerlukan.

            3.  Banyakkan bangun dan menunaikan solat malam kerana amalan ini mempunyai banyak ganjaran yang tersembunyi.  Disamping itu, kita akan dapat merasakan hanya kita dgn Allah shj pd ketika itu dan insyaallah kita akan mendapat ketenangan jiwa sekiranya kita selalu bangun untuk menunaikan solat di malam hari.

Selain daripada mengerjakan amalan-amalan diatas, kita juga hendaklah menjaga diri kita dan setiap organ badan kita daripada melakukan maksiat terutamanya lidah... yelah maklumlah bak kata orang-orang tua terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata padah akibatnya.....

No comments:

Post a Comment